Friday, 1 June 2012

AKTIVITI BERAT PUNCA LELAKI SAKIT BELAKANG


Sakit belakang sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dari segi perubatan, sakit belakang diertikan apabila seseorang berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian bawah dada dan di sekitar bahagian pinggang.Boleh dikatakan hampir setiap individu mengalaminya tanpa mengenal faktor jantina mahupun usia.

Penyakit ini merupakan yang kedua paling kerap menyerang manusia selepas penyakit selesema, hingga menyebabkan hampir tiada seorang pun terkecuali daripada menderita kerananya. Namun aktiviti berat yang banyak dilakukan oleh lelaki menyebabkan golongan ini dikatakan lebih kerap menghadapi masalah ini berbanding wanita.

Perlu diketahui pada bahagian belakang tubuh manusia, tulang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu toraks, lumbar dan sacrum. Pada bahagian lumbar inilah terdapatnya lima tulang dan antara tulang-tulang ini terdapat kusyen atau ‘disk’ yang mempunyai fungsi antara tulang dan sendi.

Setiap tulang belakang mempunyai empat sendi dan di pertengahannya terdapat saraf besar (spinal cord). Saraf besar ini berfungsi untuk membawa saraf kecil ke kaki, pada bahagian belakang tepi tulang belakang terdapat tulang untuk saraf kecil terus pergi ke kaki. Dianggarkan 90 peratus sakit belakang berpunca daripada sakit urat dan otot-otot.

PUNCA

Punca yang paling kerap berlaku menyebabkan seseorang mengalami masalah sakit belakang ialah:

Slipped disc atau prolapsed disc
Keadaan ini mengakibatkan sedikit kusyen antara tulang-tulang terkeluar dari tempatnya. Apabila ia terkeluar dari tempatnya. Apabila ia terkeluar, ia akan menekan saraf. Saraf yang tertekan menimbulkan rasa sakit dan kebas. Keadaan ini diumpamakan seperti sarung kusyen terkoyak dan menyebabkan isinya terkeluar. Ia lazimnya berlaku di kalangan individu yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Antara punca kusyen terkoyak ialah mengangkat barang terlalu berat dan pergerakkan badan yang tidak sesuai dengan tulang belakang. Ada kalanya batuk atau bersin yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat.

Sehubungan itu ia memberi tekanan pada kusyen. Saraf yang tertekan ini bukan sahaja pada bahagian pinggang tetapi ia akan pergi ke kaki, belakang paha, betis dan tumit iaitu arah tuju saraf.

Selain itu terdapat punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya rasa sakit belakang, bagaimanapun ia dikatakan agak jarang berlaku seperti :

Ketumbuhan / kecederaan seperti patah / penyakit Anky Losing Spondilitis yang mengakibatkan tulang belakang menjadi keras / jangkitan kuman seperti kuman batuk kering (tuberculosis) / ada kalanya sakit belakang yang dialami juga berpunca daripada organ-organ yang terdapat di sekeliling seperti buah pinggang, perut, saluran besar darah dan lain-lain lagi. Kesakitan yang dialami oleh organ-organ ini menular ke bahagian belakang tubuh yang menyebabkan seseorang rasa sakit./kehausan tulang sendi setiap individu yang meningkat usia pasti akan mengalami kehausan pada sendi-sendi tulang belakang. Apabila mencecah usia yang lebih lanjut, kusyen dan sendi akan menjadi kering.

Keadaan ini akan menyebabkan tulang mula haus kerana ia tidak mempunyai pelincir. Sehubungan itu apabila usia meningkat, ketinggian seseorang turut mempengaruhi, sekiranya individu tersebut rendah tulang belakang akan menjadi pendek.

Sekiranya tulang belakang pernah mengalami kecederaan, kehausan akan berlaku lebih cepat.

Pada masa yang sama individu yang pernah mengalami penyakit Prolapsed disc (kusyen terkeluar dari kedudukkan asal), akan mempercepatkan proses kehausan sendi tulang.

Jenis
Akut – sakit belakang akut berlaku apabila terdapat kecederaan pada otot atau urat selepas melakukan apa juga aktiviti.
Kronik – sakit belakang kronik lebih kerap berlaku di kalangan orang tua kerana kehausan kusyen di samping sakit belakang akut yang tidak dirawat dengan baik.

Tanda – tanda
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba). Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat ada kalanya menimbulkan rasa sakit serta merta atau kecederaan pada otot-otot atau urat.

Sebaliknya di kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.

BUY NOW BENGKUNG  F.I.R UNTUK LELAKI
SMS (NAMA) (TEMPAT) (SAIZ PINGGANG) KE 012-4121021


No comments:

Post a Comment